Wednesday, August 6, 2008

12:10 AM

Belasah ibu dan bakar rumah kerana tidak dapat RM2


Seorang lelaki berusia 35 tahun telah membelasah ibunya dan membakar rumah akibat ibunya yang gagal memberinya RM2. Kejadian itu berlaku di kampung dekat Kota Bharu sekitar 4.30 petang kelmarin.Lelaki tersebut berang kerana enggan diberi wang RM2, tergamak menumbuk dahi ibunya sebelum membakar rumah sendiri. Kemusnahan yang dianggarkan lebih daripada RM200,000. Ia mengambil masa 15 minit untuk anggota bomba memadamkan api tersebut. Lelaki tersebut diberkas pihak polis. Pada pendapat saya, perbuatan sedemikian salah dalam undang-undang negeri dan agama kerana kita sudah dididik lagi dari kecil bahawa kita tidak patut menderhaka kepada ibubapa kita apatah mencederakan mereka yang sudah susah payah mengorbankan masa dan tenaga membesarkan kita hingga hari ini. Mungkin hukuman yang baik untuk lelaki tersebut adalah matikan dia, biar tuhan sahaja yang akan membalas dosanya di akhirat