8:21 PM
hari kedua
Pihak sekolah telah menjemput seorang pelajar universiti untuk menyedarkan para pelajar bahawa keharmonian kaum adalah penting bagi kalangan rakyat ini. Dia juga telah mendidik para pelajar serta guru-guru tentang perasaan dalam manusia yang sering timbul apabila mereka terpandang seorang yang berlainan kaum daripadanya. Misalnya, apabila kita bersiar-siar di bandar dan terlihat sekumpulan warga asing yang berlainan warna kulit daripada kita dan mempunyai percakapan yang berbeza berbanding dengan bahasa kita, dalam otak fikiran, mungkin kita berasa bahawa mereka itu datang dari negeri lain untuk buat kacau sahaja, tanpa mendapat bukti bahawa mereka itu berkelakuan sebegitu. Pemikiran begitu tentunya salah kerana sebarang anggapan boleh akhirnya membawa pada rasuhan atau perbalahan antara kaum tersebut dengan kaum kita sekali. Itulah satu-satunya contoh yang diberikan oleh pelajar tersebut. Di sebalik itu, pemikiran tentang berlainan kaum boleh juga memberikan manfaat bagi kedua belah bangsa jikalau kedua-dua orang mempunyai pemikiran positif tentang bangsa yang lain. Ini juga dapat lagi mengeratkan bangsa berlainan.