Monday, July 14, 2008

7:08 AM

hari pertama


Hari Keharmonian Kaum bertujuan untuk memupuk rasa kebersamaan dalam masyarakat majmuk Singapura. Hari tersebut sering disambut di sekolah rendah serta sekolah menengah. Ianya jatuh pada tanggal 21 Julai setiap tahun. Pada hari itu mereka digalakkan berpakaian etnik kaum lain. Pelajar Melayu akan berpakaian tradisional Cina atau India dan begitulah sebaliknya bagi kaum Cina dan India. Di samping itu, sebuah persembahan konsert di sekolah-sekolah dan pameran tentang lain bangsa seringkali dilakukan di beberapa sekolah pada hari tersebut. Bagi sekolah saya, kami digalakan memakai pakaian etnik kaum lain pada hari tersebut. Pada pendapat saya pula, kita tidak hanya perlu tunggu untuk hari sebegini untuk memahami dan mendekati tentang kaum lain, malah setiap hari kita bertemu dengan bangsa lain, kita haruslah bertegur sapa untuk mengeratkan lagi persahabatan dengan kaum yang lain.