Sunday, July 27, 2008

6:25 PM

Stres


Stres adalah suatu tekanan yang bermain-main fikiran manusia. Ramai orang sagkakan stres adalah satu yang akan merosakkan minda fikiran dan akhirnya dalam keadaan hanyut. Bahkan, stres dibahagikan kepada dua cabang iaitu stres positif dan stres negatif. Stres positif adalah suatu tekanan yang akan mendorong seseorang untuk melakukan kerja dengan lebih baik lagi manakala stres negatif akan akhirnya membawa padah kepada daya fikiran seseorang, dipengaruhi oleh firikannya untuk berputus asa membuat pekerjaan yang telah ditujukan. Setiap pelajar tentu sekali mengalami apa jua stres. Stres daripada ibubapa yang asyik mengawal meraka, stres daripada pelajaran, stres daripada teman-teman dan sebagainya. Stres ini akan timbul jikalau satu daripada pihak tersebut tidak puas hati dengan apa yang didengari atau apa yang dilihat. Sebagai seorang pelajar, saya juga pernah mengalami stres. Saya mengaggap stres saya ini stres yang positif. Stres saya pula adalah stres untuk belajar. Hari demi hari, guru sentiasa memberikan kelas saya kerja rumah yang banyak dan kami disuruh selesaikan kerja rumah itu. Di samping itu, saya harus mengulangkaji dan membuat buku sepuluh tahun setiap hari, satu hari satu subjek. Alangkah banyak masa yang perlu saya korbankan demi mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan peringkat O nanti. Di dalam sinario seperti ini, saya tidak boleh berbuat apa-apa tapi hanya untuk bersabar dan berlajar setiap hari atas apa yang saya mampu. Saya juga telah membangunkan sebuah jadual masa untuk saya belajar. Untuk membuatkan jadual itu denagn lebih bermanfaat bagi saya, saya haruslah mempunyai sikap disiplin untuk mengikut jadual waktu tersebut dengan tidak membuang masa. Selama ini, saya telah mengikut jadual tersebut. Ia telah mendorong saya untuk mengulangkaji pelajaran setiap hari kerana masa yang ditepikan saya itu tidak boleh digantikan dengan masa yang lain dan dengan mengikuti jadual tersebut saya telah dapat mencergaskan ilmu yang diajar guru dua atau tiga tahun yang lalu. Sekirannya saya mengalami stres yang negatif, saya akan menukarkannya kepada yang positif. Misalnya, ia adalah satu stres yang negatif bagi saya jikalau makcik dan pakcik saya pandang rendah pada saya, mengatakan di depan muka saya bahawa saya anak yangtidak boleh berjaya di masa hadapan. Pada masa itu, fikiran saya akan fikirkan tentang benda-benda yang negatif sahaja. Ia boleh lalaikan saya pada waktu pelajaran kerana perkataan-perkataan yang negatif keluar dari mulut mereka masih dalam firikan saya. Justeru itu, untuk mengatasi stres negatif tersebut dengan lebih efektif, saya haruslah belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cermelang untuk membuktikan bahawa saya mampu mempunyai masa depan yang cerah. Oleh itu, saya berpendapat bahawa stres negatif boleh ditukarkan dengan stres positif, hanya mereka itu tahu atau tidak...