10:23 PM
hari keempat
Sempena Hari Keharmonian Kaumyang akan disambut pada tanggal 21 Julai 2008 iaitu minggu akan datang ini, saya akan memberikan maklumat sedikit sebanyak tentang pakaian dan makanan tradisional yang terdapat pada kaum Melayu, Cina dan India. Baju Melayu yang sering dipakai kaum lelaki mahupun perempuan pada hari perayaan adalah baju kurung. Bagi pakaian lelaki pula, ia disandingi dengan kain pelekat untuk mencantikkan lagi pakaian tersebut. Sepasang capal juga akan dipakai dengan adanya songkok di atas kepala. Selain memakai baju kurung bagi kaum wanita, baju kebaya juga sering dilihat dipakai oleh segelintir remaja pada Hari Raya Aidilfitri. Cheongsam merupakan pakaian tradisional bagi bangsa Cina. Bagi pakaian kaum wanita Cina pula, Cheongsam ukuran panjang hingga atas lutut mereka. Pakaian bagi lelaki pula adalah satu sut baju kemeja disertai dengan seluar yang berwarna hitam. Ia juga dipakai pada hari perayaan mereka seperti Tahun Baru Cina. Sari yang sering kita didengari dipakai oleh kaum wanita India pada hari Deepavali. Sari yang berwarna-warni itu akan diketatkan di sekeliling tubuh badan mereka. Warga tua sering juga kita terlihat mereka memakai sari walaupun hari tersebut bukannya hari Deepavali. Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai Dhoti berwarna serba putih diiringi dengan sarban, kain yang panjang diikiat dengan rambutnya.Terdapat beberapa kuih tradisoinal Melayu. Di antaranya ialah, kuih lopis, kuih lapis, kuih bakar dan banyak lagi. Contoh kuih yang dimakan oleh bangsa Cina adalah kuih tat, angkuh kuih dan sebagainya. Muruku dan manisan-manisan yang lain sering dimakan bangsa India pada pagi perayaan Deepavali.