6:25 PM
Stres
Stres adalah suatu tekanan yang bermain-main fikiran manusia. Ramai orang sagkakan stres adalah satu yang akan merosakkan minda fikiran dan akhirnya dalam keadaan hanyut. Bahkan, stres dibahagikan kepada dua cabang iaitu stres positif dan stres negatif. Stres positif adalah suatu tekanan yang akan mendorong seseorang untuk melakukan kerja dengan lebih baik lagi manakala stres negatif akan akhirnya membawa padah kepada daya fikiran seseorang, dipengaruhi oleh firikannya untuk berputus asa membuat pekerjaan yang telah ditujukan. Setiap pelajar tentu sekali mengalami apa jua stres. Stres daripada ibubapa yang asyik mengawal meraka, stres daripada pelajaran, stres daripada teman-teman dan sebagainya. Stres ini akan timbul jikalau satu daripada pihak tersebut tidak puas hati dengan apa yang didengari atau apa yang dilihat. Sebagai seorang pelajar, saya juga pernah mengalami stres. Saya mengaggap stres saya ini stres yang positif. Stres saya pula adalah stres untuk belajar. Hari demi hari, guru sentiasa memberikan kelas saya kerja rumah yang banyak dan kami disuruh selesaikan kerja rumah itu. Di samping itu, saya harus mengulangkaji dan membuat buku sepuluh tahun setiap hari, satu hari satu subjek. Alangkah banyak masa yang perlu saya korbankan demi mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan peringkat O nanti. Di dalam sinario seperti ini, saya tidak boleh berbuat apa-apa tapi hanya untuk bersabar dan berlajar setiap hari atas apa yang saya mampu. Saya juga telah membangunkan sebuah jadual masa untuk saya belajar. Untuk membuatkan jadual itu denagn lebih bermanfaat bagi saya, saya haruslah mempunyai sikap disiplin untuk mengikut jadual waktu tersebut dengan tidak membuang masa. Selama ini, saya telah mengikut jadual tersebut. Ia telah mendorong saya untuk mengulangkaji pelajaran setiap hari kerana masa yang ditepikan saya itu tidak boleh digantikan dengan masa yang lain dan dengan mengikuti jadual tersebut saya telah dapat mencergaskan ilmu yang diajar guru dua atau tiga tahun yang lalu. Sekirannya saya mengalami stres yang negatif, saya akan menukarkannya kepada yang positif. Misalnya, ia adalah satu stres yang negatif bagi saya jikalau makcik dan pakcik saya pandang rendah pada saya, mengatakan di depan muka saya bahawa saya anak yangtidak boleh berjaya di masa hadapan. Pada masa itu, fikiran saya akan fikirkan tentang benda-benda yang negatif sahaja. Ia boleh lalaikan saya pada waktu pelajaran kerana perkataan-perkataan yang negatif keluar dari mulut mereka masih dalam firikan saya. Justeru itu, untuk mengatasi stres negatif tersebut dengan lebih efektif, saya haruslah belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cermelang untuk membuktikan bahawa saya mampu mempunyai masa depan yang cerah. Oleh itu, saya berpendapat bahawa stres negatif boleh ditukarkan dengan stres positif, hanya mereka itu tahu atau tidak...
6:15 PM
hari kelima (hari terakhir)
Justeru itu, dengan keempat-keempat post yang telah saya menaipkannya di bawah, saya berharap ini akan menarik lagi pembaca untuk bersikap toleransi antara berlainan kaum bangsa dan akan mempunyai pemikiran yang positif terhadap bangsa yang lain. Saya juga berharap anda dapat infomasi yang cukup tentang makanan dan pakaian kaum lain agar dapat mendorong anda untuk mencari infomasi tentang adat dan budaya yang lain. Cakap pasal adat, saya ingin menarik perhatian anda tentang adat-adat yang sering dilatih oleh bangsa-bangsa di Singapura. Setiap kaum mempunyai adatnya yang tersendiri. Yang bezanya ialah cara mereka menghormati contohnya ibubapa mereka. Misalnya, orang Melayu mencium tangan ibu dan ayah sebelum berpisah. Orang Cina pula hanya senyum dan mengucap selamat pagi atau petang. Bagi orang India pula, mereka melutut sambil mencantumkan dua belah tapak tangannya dan menyentuh kaki orang tua mereka. Oleh itu, saya telah sampai ke penghujung blog saya. Saya ingin mengucapkan kepada semua pembaca yang sudi membaca blog saya ini Selamat Hari Keharmonian Kaum.........
10:23 PM
hari keempat
Sempena Hari Keharmonian Kaumyang akan disambut pada tanggal 21 Julai 2008 iaitu minggu akan datang ini, saya akan memberikan maklumat sedikit sebanyak tentang pakaian dan makanan tradisional yang terdapat pada kaum Melayu, Cina dan India. Baju Melayu yang sering dipakai kaum lelaki mahupun perempuan pada hari perayaan adalah baju kurung. Bagi pakaian lelaki pula, ia disandingi dengan kain pelekat untuk mencantikkan lagi pakaian tersebut. Sepasang capal juga akan dipakai dengan adanya songkok di atas kepala. Selain memakai baju kurung bagi kaum wanita, baju kebaya juga sering dilihat dipakai oleh segelintir remaja pada Hari Raya Aidilfitri. Cheongsam merupakan pakaian tradisional bagi bangsa Cina. Bagi pakaian kaum wanita Cina pula, Cheongsam ukuran panjang hingga atas lutut mereka. Pakaian bagi lelaki pula adalah satu sut baju kemeja disertai dengan seluar yang berwarna hitam. Ia juga dipakai pada hari perayaan mereka seperti Tahun Baru Cina. Sari yang sering kita didengari dipakai oleh kaum wanita India pada hari Deepavali. Sari yang berwarna-warni itu akan diketatkan di sekeliling tubuh badan mereka. Warga tua sering juga kita terlihat mereka memakai sari walaupun hari tersebut bukannya hari Deepavali. Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai Dhoti berwarna serba putih diiringi dengan sarban, kain yang panjang diikiat dengan rambutnya.Terdapat beberapa kuih tradisoinal Melayu. Di antaranya ialah, kuih lopis, kuih lapis, kuih bakar dan banyak lagi. Contoh kuih yang dimakan oleh bangsa Cina adalah kuih tat, angkuh kuih dan sebagainya. Muruku dan manisan-manisan yang lain sering dimakan bangsa India pada pagi perayaan Deepavali.
8:54 PM
hari ketiga
Pada pendapat saya, untuk lagi mengekalkan dan mengeratkan lagi hubungan diantara 4 bangsa di Singapura ini, mungkin ahli kelab masyrakat boleh menganjurkan kempen atau karnival Hari Keharmonian Kaum dimana penduduk tempatan yang berlainan bangsa dapat bersatu untuk menandingi beberapa acara dan permainan yang disediakan. Dengan cara itu, masyarat akan bersatu dan pihak kelab masyarakat juga dapat membantu sesama insan untuk berkerja keras, memerah otak untuk menjadikan karnival itu satu kemajuan. Satu lagi saranan yang mampu saya berikan adalah untuk mengadakan pameran khas tentang bangsa-bangsa lain di seluruh dunia bertujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman adat dan tradisonal yang lain di merata dunia. Contohnya, pameran tersebut dapat mendidik para pengunjung tentang pemakanan dan mungkin muzik yang digemari oleh bangsa tersebut.
8:21 PM
hari kedua
Pihak sekolah telah menjemput seorang pelajar universiti untuk menyedarkan para pelajar bahawa keharmonian kaum adalah penting bagi kalangan rakyat ini. Dia juga telah mendidik para pelajar serta guru-guru tentang perasaan dalam manusia yang sering timbul apabila mereka terpandang seorang yang berlainan kaum daripadanya. Misalnya, apabila kita bersiar-siar di bandar dan terlihat sekumpulan warga asing yang berlainan warna kulit daripada kita dan mempunyai percakapan yang berbeza berbanding dengan bahasa kita, dalam otak fikiran, mungkin kita berasa bahawa mereka itu datang dari negeri lain untuk buat kacau sahaja, tanpa mendapat bukti bahawa mereka itu berkelakuan sebegitu. Pemikiran begitu tentunya salah kerana sebarang anggapan boleh akhirnya membawa pada rasuhan atau perbalahan antara kaum tersebut dengan kaum kita sekali. Itulah satu-satunya contoh yang diberikan oleh pelajar tersebut. Di sebalik itu, pemikiran tentang berlainan kaum boleh juga memberikan manfaat bagi kedua belah bangsa jikalau kedua-dua orang mempunyai pemikiran positif tentang bangsa yang lain. Ini juga dapat lagi mengeratkan bangsa berlainan.
7:08 AM
hari pertama
Hari Keharmonian Kaum bertujuan untuk memupuk rasa kebersamaan dalam masyarakat majmuk Singapura. Hari tersebut sering disambut di sekolah rendah serta sekolah menengah. Ianya jatuh pada tanggal 21 Julai setiap tahun. Pada hari itu mereka digalakkan berpakaian etnik kaum lain. Pelajar Melayu akan berpakaian tradisional Cina atau India dan begitulah sebaliknya bagi kaum Cina dan India. Di samping itu, sebuah persembahan konsert di sekolah-sekolah dan pameran tentang lain bangsa seringkali dilakukan di beberapa sekolah pada hari tersebut. Bagi sekolah saya, kami digalakan memakai pakaian etnik kaum lain pada hari tersebut. Pada pendapat saya pula, kita tidak hanya perlu tunggu untuk hari sebegini untuk memahami dan mendekati tentang kaum lain, malah setiap hari kita bertemu dengan bangsa lain, kita haruslah bertegur sapa untuk mengeratkan lagi persahabatan dengan kaum yang lain.